Pak Wan masih kuarantin, tiada sidang akhbar

0
277

CYBERJAYA – Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) menafikan Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof akan membuat sidang akhbar khas hari ini kerana beliau masih menjalani tempoh kuarantin.

Setiausaha Politik beliau menerusi satu kenyataan berkata, pihaknya mengambil serius mengenai berita yang tular bahawa sidang akhbar akan diadakan di Ibu pejabat Parti Bersatu.

“Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) menafikan berita tular itu, dan tiada sebarang sidang akhbar dari pihak pejabat menteri. Hal ini kerana menteri masih menjalani tempoh kuarantin,” katanya.

Kenyataan itu turut mengingatkan semua pihak supaya menjaga penjarakan sosial demi memutuskan rantaian wabak Covid-19.

Sebelum ini tersebar spekulasi bahawa sidang akhbar akan diadakan oleh Mohd. Redzuan dan Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Dr. Shahruddin Md. Salleh mengenai kedudukan mereka sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu petang ini.

Ia berkaitan sokongan mereka terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir Mohamad.

Berdasarkan edaran jemputan media, Mohd. Redzuan dan Dr. Shahruddin akan mengadakan sidang akhbar di Ibu pejabat Bersatu di Petaling Jaya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here