Panjat gunung cari isyarat talian internet

0
353
Alodia berada di kaki gunung untuk mencari akses internet bagi mengikuti pembelajaran dalam talian. – Foto Tribun News

Oleh SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI

YOGYAKARTA – Gara-gara tiada akses internet, 21 pelajar dari daerah Istimewa Yogyakarta terpaksa mendaki gunung Temulawak mencari isyarat talian internet bagi mengikuti kelas dalam talian di sini.

Memetik laporan Tribun News, daerah itu tiada akses talian telefon apatah lagi untuk akses internet.

Mereka harus mendaki gunung yang tinggi hanya untuk membuat tugasan sekolah, universiti yang diberikan oleh tenaga pengajar.

Salah satunya, Alodia Daffa Sinanta, pelajar di sebuah sekolah di kampung Dusun Petir B, Desa Petir.

“Ya betul, saya terpaksa bawa buku untuk mendaki gunung, memang letih apatah lagi kini sedang berpuasa,” katanya.

Ketua kampung juga bapa kepada Alodia, Warisna berkata, sejak penularan wabak Covid-19, pihak sekolah dan universiti menerapkan pembelajaran di rumah.

“Mereka perlu belajar secara ‘online’. Ini membuatkan 21 pelajar terpaksa mendaki gunung Temulawak setiap kali guru memberi tugasan.

“Anak-anak menaiki Gunung Temulawak yang cukup tinggi. Terletak di sebelah selatan Dusun,” katanya.

Katanya, Alodia terpaksa menempuh perjalanan sekitar 250 meter untuk tiba di kaki gunung sejak sebulan lalu.

“Mereka akan berkumpul dulu sebelum mendaki bersama,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here