Pasangan suami isteri tukar syiling kepada Raudhah Dinar

0
487
Abdul Rahman (kanan) bersama isteri menunjukkan Raudhah Dinar selepas menukarnya dengan tabung duit syiling di Malakat Mall baru-baru ini.

RAUDHAH CITY – Sepasang suami isteri menjadi pasangan pertama menukar syiling yang disimpan dalam tabung mereka untuk ditukarkan kepada Raudhah Dinar baru-baru ini.

Menurut hantaran akaun Facebook Malakat Mall, perkara itu berlaku sehari selepas promosi Raudhah Dirham dan Dinar dimuat naik dalam akaun Facebook pusat beli belah itu.

Kata kenyataan itu, semasa pentadbir laman sosial itu berada di pusat beli belah tersebut ada seorang kakitangan datang memberitahunya ada pelanggan mahu berjumpa.

Tambah kenyataan itu, dia mengikut kakitangan tersebut untuk berjumpa pasangan suami isteri tersebut kerana menyangka mahu bertanyakan tentang ruang niaga usahawan di Malakat Mall.

“Rupa-rupanya Encik Abdul Rahman (pasangan suami isteri) mahu menukarkan duit syilingnya dengan dinar.

“Dia bertanya adakah benar seperti ditularkan Malakat Mall boleh melakukan pertukaran duit syiling kepada dirham dan dinar.

“Lalu saya menjawabnya betul dan Encik Abdul Rahman memberitahu yang dia mahu tukar syiling dalam tabung yang sudah lama dikumpul dan terpaksa menggunakan troli kerana berat,” kata hantaran itu.

Tambah kenyataan itu, selepas habis proses pengiraan duit syiling yang dimiliki Abdul Rahman melebihi RM700 dan dia memaklumkan mahu menukarkannya kepada dinar.

“Alhamdulillah baru selepas sehari Coach Fadzil (Mohd. Fadzil Hashim, pengasas Raudhah Dirham) promosi sudah ada pelanggan yang tukar kepada dinar. Encik Abdul Rahman menjadi orang pertama menukar duit syiling kepada dinar,” ujar hantaran itu.

Kadar tukaran bagi 1 dinar seberat 4.25 gram adalah RM1,200 manakala 1 dirham pula seberat 2.975 gram berharga RM30

Sehubungan itu orang ramai dipelawa membawa tabung syiling mereka ke Malakat Mall untuk ditukarkan ke dinar atau dirham daripada dibiarkan terperam lebih baik menukarnya yang sudah pasti ada nilai. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here