PATI Pasar Borong Kuala Lumpur digempur

0
489
Sebahagian PATI yang ditahan di Pasar Borong Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen hari ini menggempur ratusan warga asing di Pasar Borong Kuala Lumpur bagi membanteras kehadiran pendatang asing tanpa izin (PATI).

Memetik laporan Berita Harian, pasar itu yang dipercayai dibanjiri pekerja warga Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal diserbu pada pukul 8.30 pagi tadi selepas dikepung oleh pegawai dan anggota imigresen.

Kira-kira pukul 11 pagi, anggota Imigresen dilihat membawa keluar sebahagian besar warga asing dari pasar yang sudah diperiksa dan berkemungkinan mereka yang mempunyai pelbagai jenis kesalahan membabitkan Peraturan dan Akta Imigresen 1959/1963.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, berkata operasi berkenaan diketuai oleh imigresen dengan dibantu polis.

“Polis dan beberapa agensi lain membantu dari segi keselamatan,” katanya.

Selain polis, operasi itu turut dibantu Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kementerian Kesihatan (KKM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Hingga pukul 11.30 pagi tadi, operasi masih berjalan dan tiada sebarang kenyataan dikeluarkan Imigresen, setakat ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here