PDRM atur semula sekatan jalan raya

0
270

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengatur semula sebahagian lokasi sekatan jalan raya di seluruh negara ke lokasi lebih strategik.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, langkah itu diambil susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

“Sebahagian sekatan jalan raya ini akan dirombak dan dialihkan ke lokasi strategik termasuk bagi menyekat (kemasukan) pendatang tanpa izin,” katanya ringkas seperti dipetik agensi berita Bernama.

Abdul Hamid menambah, pasukan pemantau akan ditambah bagi memastikan orang ramai mematuhi penjarakan sosial.

Terdahulu, Muhyiddin dalam perutusan khas sempena Hari Pekerja berkata sebahagian besar aktiviti ekonomi dan sosial dibenarkan beroperasi mulai 4 Mei ini tertakluk kepada syarat-syarat dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Antaranya, restoran dibenar beroperasi dengan mematuhi SOP perniagaan, aktiviti sukan outdoor (luar) seperti bermain badminton atau tenis di luar tanpa penonton, jogging, kayuhan basikal, golf dan larian tidak melebihi 10 orang dibenarkan dengan syarat mengamalkan penjarakan sosial.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here