Pejabat kerajaan, kaunter perkhidmatan dibuka berkuatkuasa hari ini

0
295

CYBERJAYA – Semua pejabat kerajaan termasuk kaunter perkhidmatan awam dibuka sepenuhnya berkuatkuasa hari ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu diputuskan pada mesyuarat Kabinet hari ini namun masih tertakluk kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

“Kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mula dibuka kepada orang ramai hari ini dan ia akan diikuti pejabat atau kaunter perkhidmatan awam jabatan kerajaan lain.

“Bagaimanapun, semua SOP ditetapkan wajib dipatuhi sepenuhnya seperti saringan suhu badan, penjarakan sosial dan penggunaan hand sanitizer termasuk sanitasi di dalam pejabat,” katanya pada sidang akhbar harian PKPB di Putrajaya, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here