Pekerja asing ada I-Kad, PATI tiada dokumen

0
226

Oleh NINA FARZUIN MD SHAROM

CYBERJAYA – Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan Pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan pihak berkuasa tidak memiliki sebarang dokumen sah untuk berada di negara ini.

Menurutnya, tidak timbul sebarang isu bahawa terdapat PATI yang ditahan dokumennya telah dipegang oleh pihak majikan.

“Sebenarnya tangkapan PATI yang berlaku tidak ada kena mengena dengan mereka mempunyai dokumen pekerjaan.

“Yang ditangkap itu memang tiada sebarang dokumen,” katanya pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Jelasnya, walaupun pihak majikan tidak sepatutnya memegang dokumen pekerja asing namun ada yang berbuat demikian kerana merasa tidak yakin kepada pekerja mereka.

“Bagaimanapun untuk menggantikan dokumen sebagai pengenalan diri jika mereka keluar, majikan mengeluarkan I-Kad sebagai pengganti dokumen.

“Jika ditahan oleh pihak berkuasa samada polis atau Jabatan Imigresen, pekerja asing itu boleh menunjukkan I-Kad tersebut.

“Jadi tidak timbul isu bahawa PATI yang ditangkap dokumennya dipegang oleh majikan kerena pengenalan diri diberikan kepada pekerja-pekerja asing yang masuk secara sah sebagai pekerja di negara ini,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here