Pelajar hadapi peperiksaan utama diberi keutamaan

0
151
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan memberi keutamaan kepada murid yang akan menduduki peperiksaan utama negara untuk kembali ke sekolah.

Perdana Menteri berkara, ia membabitkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

“Apabila sekolah dibuka nanti, untuk permulaan, kita berikan keutamaan kepada murid yang akan menduduki peperiksaan SPM, SVM, STPM dan STAM untuk ke sekolah dahulu.

“Ini untuk memastikan prosedur operasi standard (SOP) mengenai penjarakan sosial dan penjagaan kebersihan diri yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan dapat dipatuhi,” katanya dalam Perutusan Khas sempena Hari Guru hari ini.

Beliau berkata, SOP itu meliputi prosedur mengenai ketibaan murid di sekolah, pergerakan ke bilik darjah, sususan meja dalam bilik darjah, pergerakan di kantin dan pelbagai aspek lain.

“Selain itu, proses pendigitalan dengan menggunakan platform dalam talian atau pembelajaran maya akan terus diperkasa.

“Saya percaya pembelajaran maya adalah masa depan dalam pendidikan. Jadi, saya menyeru kepada guru-guru supaya mendalami kemahiran pengajaran secara atas talian dan home-based learning yang merupakan kebiasaan baharu dalam bidang perguruan,” ujarnya. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here