Pelajar perlu patuhi arahan kuarantin

0
139

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) menyeru semua pelajar untuk mengambil iktibar daripada beberapa kes pelajar sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) yang melanggar arahan kuarantin sehingga akhirnya didapati positif Covid-19.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, mereka telah diwajibkan menjalani kuarantin di rumah, namun didapati tidak patuh kepada notis arahan di bawah Seksyen 14, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit,1988 (Akta 342).

Menurutnya, ini boleh memberi risiko jangkitan Covid-19 kepada orang yang berisiko tinggi seperti warga emas, kanak-kanak dan orang yang mempunyai sejarah penyakit kronik.

“Sejak 27 April lalu sehingga semalam, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah menghantar pulang seramai
49,019 pelajar ke pangkuan keluarga masing-masing.

“Bagi perjalanan merentas negeri di Semenanjung Malaysia, kesemua pelajar adalah diwajibkan menjalani kuarantin di
rumah untuk tempoh 14 hari apabila tiba di kediaman,” katanya dalam sidang akhbar harian Covid-19 hari ini.

Jelas Dr. Noor Hisham lagi, bagi pelajar yang ke Sabah dan Sarawak pula, mereka juga perlu menjalani persampelan Covid-19.

“Sekiranya keputusan adalah negatif, baki tempoh kuarantin perlu dijalankan di rumah masing-masing,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here