Pelajar UPM kongsi plakad ‘TQPM V LOVE U, TQABAH’

0
129

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

CYBERJAYA –  Seramai 320 pelajar yang berasal dari Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah, Pahang, Johor dan Pulau Pinang menzahirkan rasa teruja melalui plakad yang tertera ‘TQPM V LOVE U’, ‘#TQABAH’ sebagai penghargaan terima kasih kepada pemimpin nombor satu itu kerana menghantar mereka pulang.

Dalam satu perkongsian menerusi Facebook rasmi Universiti Putra Malaysia berkata, kumpulan pelajar itu mula berkumpul seawal pukul 7 pagi bagi menaiki penerbangan pukul 3.20 petang dan 5.05 petang ini.

Menurutnya, setelah sekian lama mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di kolej kediaman, Dewan Sri Kenyalang, UPM Kampus Bintulu Sarawak menjadi lokasi pelepasan para pelajar UPMKB yang berasal dari Semenanjung untuk balik ke kampung halaman masing-masing.

“Dalam memastikan pergerakan penghantaran berjalan lancar, sebanyak lima buah bas digunakan untuk membawa pelajar-pelajar tersebut dengan trip ulang alik.

“Dekan Fakulti Sains Pertanian dan Makanan, Prof. Madya Dr. Shahrul Razid Sarbini turut bersama memantau penghantaran pulang pelajar tersebut bersama pegawai bertugas,” katanya.

Kenyataan itu turut berkongsi rata-rata pelajar yang ditemui menzahirkan perasaan gembira kerana dapat kembali ke pangkuan keluarga setelah sekian lama mematuhi arahan PKP di kolej mereka.

Katanya lagi, penghantaran seterusnya akan dilakukan pada Ahad ini dengan jumlah 239 lagi pelajar Semenanjung pulang ke rumah masing-masing.

Menariknya selain beberapa pelajar  memegang plakad bertulis #TQPM V LOVE U, #TQABAH itu, pematuhan penjarakan sosial turut dipatuhi sepanjang proses menaiki kapal terbang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here