Pelanggan terkejut banyak produk berkualiti di Malakat Mall

1
11494

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

RAUDHAH CITY – Produk-produk yang terdapat dalam pasar raya Raudhah Grocer di Malakat Mall di sini menarik perhatian ramai apabila pelanggan mengakui kualiti barangan yang dijual setanding di tempat lain.

Tinjauan MBNews mendapati, pelanggan-pelanggan yang singgah ke pasar raya itu bukan sahaja terdiri dalam kalangan  orang Melayu malah bangsa lain turut memberi sokongan terhadap pasar raya baharu itu.

Seorang pelanggan, Sharon Yap, 52, berkata, disebabkan mempunyai urusan di kawasan sekitar, dia sempat singgah ke Raudhah Grocer untuk mendapatkan keperluan barangan dapur.

Sharon Yap

Menurutnya, dia terkejut selepas melihat sendiri keperluan barang dapur dijual dengan harga yang sangat murah dan berkualiti.

“Suasana pasar raya di sini juga selesa jadi saya tidak mahu ketinggalan mendapatkan bekalan dapur di sini juga.

“Saya harap ramai lagi pelanggan dapat singgah dan ambil peluang membeli barangan keperluan harian dengan harga yang berpatutan,” katanya.

Bagi Nazrin Nuriman pula berkata, walaupun pertama kali jejak kaki di Malakat Mall, dia turut teruja dengan susun atur pelbagai produk Muslim di pasar raya Raudhah Grocer.

Nazrin Nuriman bersama isterinya Nor Albana turut tidak ketinggalan membeli belah di Malakat Mall.

Katanya, sambutan raya tahun ini tidak seperti sebelum ini kerana tahun ini akan disambut pada hari raya pertama sahaja disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Lagi pun pada hari raya pertama isteri terpaksa bekerja jadi kami ambil peluang datang sini beli kuih raya kerana  nak hidupkan suasana raya itu.

“Tak sangka pula suasana memang teratur dan bahagian grocer juga bersih tak seperti sesetengah pasar raya lain hinggakan kulit-kulit bawang pun bersepah,” katanya.

Bagi Nor Albana Ihsan, 29, juga turut mengakui produk-produk Muslim disusun atur dengan baik.

Jelasnya, dari segi daya tarikan produk baginya mengikut standard dan jika diberi gred adalah A+.

“Saya pun bekerja di sebuah pasaraya, saya lihat produk-produk yang berada di Raudhah Grocer memang mempunyai standard.

“Menariknya di sini terdapat banyak pilihan produk Muslim,” katanya.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here