Pelbagai pilihan juadah berbuka di Bunch-Oh

0
342

CYBERJAYA – Pening fikirkan juadah untuk berbuka puasa? Ingin mencari kelainan? kami memberikan anda pelbagai pilihan menarik di Restoran Bunch-Oh di Malakat Mall, Cyberjaya.

Pelbagai variasi masakan tradisional dan makanan barat untuk berbuka puasa ini boleh didapati secara ‘delivery’ sekitar 10 kilometer dengan kadar cas hanya RM5 sahaja.

Pengurus Bunch-Oh, Mohd. Hadaffi Ramli berkata, pihaknya menyediakan pelbagai pilihan menarik kepada pelanggan untuk berbuka puasa dan setakat ini sambutannya amat baik sekali.

Katanya, antara juadah yang terdapat di Bunch-Oh ialah nasi Arab, beriani, aneka set ikan bakar, masakan ala Thai, set percik, asam pedas tetel dan juga pelbagai kuih tradisional.

“Sepanjang Ramadan ini, kami menerima sambutan yang amat baik dengan pesanan yang maksimum. Mereka pesan dan kami hantar ke rumah dengan juadah yang masih panas.

“Pelanggan juga boleh membuat pesanan secara terus di restoran kami, kami sentiasa pastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi bagi menjamin keselamatan pelanggan,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohd. Hadaffi berkata, antara menu yang menjadi pilihan ialah ayam percik kerana juadah itu disediakan dengan resipi tersendiri selain dibakar dengan arang briket.

“Aroma ayam percik ini ternyata memukau pelanggan. Bila dibakar baunya membangkitkan rasa. Ayam yang digunakan dipotong empat dan juadah ini pasti pilihan terbaik untuk pelanggan.

“Asam pedas tetel juga menariknya kerana juadah ini ada peminatnya tersendiri. Pelbagai pilihan di restoran ini juga juga boleh buatkan pelanggan rambang mata,” katanya.

Katanya, selain aneka kuih tradisional, Ramadan pastinya tidak lengkap dengan kehadiran murtabak dan Bunch-Oh ada sediakannya untuk pelanggan dengan variasi tersendiri.

“Murtabak terbang kami istimewa kerana rasa dan ketebalannya yang tersendiri. Murtabak kita ada dua jenis iaitu Murtabak biasa dan Murtabak Singapura.

“Murtabak biasa harganya RM7, ketebalan isinya jaminan kami. Jika inginkan kelainan, Murtabak Singapura juga amat menarik berbaloi dengan harga RM15,” katanya.

Untuk air pula katanya, terdapat tiga jenis air istemewa yang disediakan iaitu air mangga dan tembikai segar yang dikisar sendiri selain air detok.

Menurut Mohd. Hadaffi, kawasan liputan penghantaran adalah sekitar Puchong Perdana, Putra Perdana, Cyberjaya dan Putrajaya.

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, pelanggan boleh hubungi 016-2189530 atau kunjungi laman web www.bazarramadanonline.com .-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here