Pemandu Hilux dipercayai mabuk rempuh orang awam ditahan polis

0
1710
Gambar Hilux yang dipandu secara melulu oleh pemandu yang dipercayai mabuk. Gambar media sosial

CYBERJAYA – Seorang pemandu pacuan empat roda (4WD) jenis Toyota Hilux yang memandu secara melulu dan dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol di kawasan tapak peniaga di Bukit Sentosa, Hulu Selangor, ditahan polis, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat, berkata dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu, tindakan suspek berusia 30-an berkenaan turut mengakibatkan dua lelaki cedera di lokasi kejadian.

“Pemandu sudah ditangkap selepas didapati memandu kenderaan secara melulu.

“Polis masih berada di tempat kejadian untuk jalankan siasatan,” katanya seperti dipetik daripada Berita Harian, hari ini.

Sebentar tadi, beberapa klip video sebuah kenderaan jenis Hilux dipandu secara melulu merempuh orang ramai yang sedang membeli makanan untuk berbuka puasa tular dalam media sosial

Tangkap layar Hilux yang merempuh orang awam ketika membeli juadah berbuka

Dalam klip video itu turut memaparkan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) bersama orang awam melemparkan batu dan objek keras untuk menghentikan kenderaan tersebut.

Namun, kenderaan itu bukan sahaja tidak berhenti malah terus memandu secara melulu dengan terus merempuh orang ramai yang berada di hadapannya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here