Pemandu mabuk nyaris rempuh sekatan pemeriksaan polis

0
353
Kenderaan Proton Saga FLX yang dipandu seorang lelaki dipercayai mabuk berhsmpirsn Plaza Tol HutanvKampung, Alor Setar Kedah malam tadi. – Gambar HARIAN METRO

CYBERJAYA – Lagi kes pemandu mabuk kali ini melibatkan kemalangan yang nyaris merempuh sekatan pemeriksaan polis di Kilometer 40.8 Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Plaza Tol Hutan Kampung dekat Alor Setar, Kedah malam tadi.

Memetik portal Harian Metro, dalam kejadian pukul 11.30 malam itu, suspek berusia 58 tahun yang memandu Proton Saga FLX dipercayai dalam perjalanan dari arah utara menuju ke Pulau Pinang.

Namun, kereta dipandu suspek yang dipercayai tinggal di Butterworth, Pulau Pinang dikatakan terbabas sebelum melanggar penghadang di tengah lebuh raya berhampiran plaza tol tersebut.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd. Rozi Jidin berkata, berdasarkan hasil ujian dijalankan mendapati paras alkohol dalam badan suspek positif 167/Mg/100ML.

Menurutnya, hasil ujian pernafasan juga  mendapati suspek positif dengan bacaan 114MG/100ML dalam badannya.

“Suspek yang juga peniaga ditahan di lokap Balai Polis Alor Setar untuk membantu siasatan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here