Peneroka Felda, Felcra, Risda dapat duit raya RM300

0
317
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Kerajaan akan memberikan Bantuan Khas Hari Raya Aidilfitri bernilai RM300 kepada setiap seorang peneroka Felda, Felcra dalam kategori B40 dan pekebun kecil Risda.

Menurut Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan, bantuan khas melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM148 juta itu akan memberi manfaat kepada 113 ribu peneroka Felda, 90 ribu pengusaha Felcra dalam kategori B40 dan 292 ribu pekebun kecil Risda.

“Penyaluran Bantuan Khas Hari Raya Aidilfitri ini akan bermula pada 18 Mei ini.

“Kerajaan berharap bantuan khas ini akan dapat meringankan beban warga agensi terbabit, terutamanya dalam persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang menjelang tiba,” katanya hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, kerajaan mengambil maklum kedudukan harga pasaran global komoditi seperti kelapa sawit dan getah yang kian merosot disebabkan penularan wabak Covid-19.

Katanya, situasi itu secara langsung telah menjejaskan pendapatan hampir 500,000 peneroka, peserta dan pekebun kecil yang bernaung di bawah Felda, Risda dan Felcra di seluruh negara.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here