Penganjur wajar sediakan ruang bertanda untuk pengamal media

0
100

Oleh SITI AZIELAH WAHI

CYBERJAYA – Penganjur program atau majlis wajar menyediakan ruang bertanda atau mengehadkan jumlah media yang hadir bagi memastikan jarak sosial terpelihara untuk pengamal media yang bertugas.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya akan berbincang mengenai prosedur operasi standard (SOP) mengenai penganjuran sesebuah program khusus untuk pengamal media.

Bagaimanapun beliau meminta pengamal media yang bertugas sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) supaya sentiasa mematuhi SOP dan menjaga jarak sosial.

“Saya setuju supaya mana-mana penganjur program jika nak panggil media mereka mesti menyediakan tempat yang bertanda.

Mungkin media tidak tahu tempat itu sempit atau tidak. Kalau didapati kawasan itu terlalu sempit mereka boleh hadkan jumlah media yang hadir,” katanya pada sidang akhbar harian selepas mesyuarat menteri-menteri yang disiarkan secara langsung hari ini.

Ismail Sabri berkata, pengamal media juga tertakluk dengan peraturan penjarakan sosial tidak kira bila dan di mana saja liputan dibuat.

“Saya memohon pengamal media jika ingin membuat laporan berita tolong patuhi SOP termasuk penjarakan sosial dilakukan.

“Media pun tahu ia asas SOP, kalau nampak kawasan itu sempit, tak perlu masuk lagi membahayakan diri,” katanya.-MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here