Pengasas Cap Kipas Udang meninggal dunia pada usia 100 tahun

0
365
Allahyarham Lambak

CYBERJAYA – Pengasas kicap jenama terkenal, Cap Kipas Udang, Datuk Lambak Mohamed meninggal dunia pada usia 100 tahun di kediamannya di Larkin Jaya, Johor Bahru, hari ini.

Menurut cucunya, Amiza Abdul Aziz, jenazah Allahyarham Lambak yang meninggal dunia pukul 9.15 pagi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kebun Teh kira-kira 12.30 tengah hari tadi.

“Arwah tiada komplikasi penyakit, malah dia sihat sahaja sebelum ini,” katanya seperti dilaporkan ketika Bernama.

Lambak meninggalkan balu Datin Rogayah Jusoh, 94, dan 12 cahaya mata.

Produk yang dikeluarkan oleh syarikat Zara Foodstuff Industries Sdn Bhd sejak 1987 itu, tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat di negara ini, terutama produk kicap Habhal’s.

Sementara itu, berita mengenai kematian Allahyarham turut dimuat naik dalam laman Facebook Cap Kipas Udang sebentar tadi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here