Penggabungan UMT, UniSZA tidak diteruskan

0
180
NORAINI AHMAD

CYBERJAYA – Mesyuarat Jemaah Menteri bersetuju penggabungan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) tidak akan diteruskan.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Noraini Ahmad berkata, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira beberapa faktor dan cabaran semasa.

Menurut beliau, antaranya perbezaan fokus tujahan yang ketara, penyelarasan fakulti akademik dan institusi penyelidikan sedia ada dan tahap ketersediaan warga kedua-dua universiti itu dalam membentuk satu idea tersendiri bagi universiti baharu kelak.

“Kementerian mengambil serius pandangan setiap warga universiti salam melaksanakan penggabungan ini dan telah meneliti implikasi jika penggabungan itu diteruskan terutamanya terhadap pembangunan pelajar bagi kedua-dua universiti tersebut.

“Penggabungan UMT dan UniSZA juga akan memadamkan kejayaan yang telah dicapai dalam mencipta identiti dan mengembangkan fokus tujahan masing-masing hingga ke peringkat antarabangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, penggabungan tersebut turut dijangka akan melibatkan kos yang tinggi dan ia tidak akan diteruskan oleh kerajaan. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here