Penggunaan RTK antibodi tidak disarankan sebagai ujian Covid-19

0
252

CYBERJAYA- Ujian serologi Rapid Test Kit (RTK) Antibodi yang menggunakan sampel darah dari hujung jari (finger prick) tidak boleh digunakan sebagai ujian pengesahan Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, hal itu kerana kehadiran antibodi tidak dapat mengesahkan jangkitan semasa (active infetion).

Beliau berkata, keputusan antibodi negatif juga tidak menjamin individu yang diuji menggunakan alat berkenaan tidak dinagkiti Covid-19.

“Kementerian mengambil maklum mengenai isu yang dibangkitkan oleh beberapa pihak, iaitu berkenaan penggunaan RTK antibodi di klinik swasta bagi saringan pekerja untuk kembali bertugas.

“Seperti yang sering tekankan, ujian bagi mengesan virus Covid-19 adalah ujian berasaskan antigen iaitu melalui ujian Real time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (rRT-PCR) ataupun ujian RTK Antigen.

“Kedua-dua ujian itu memerlukan pengambilan Nasopharyngeal (NPS) Swab oleh anggota yang terlatih dengan menggunakan alat pelindung diri (PPE) yang bersesuaian serta kelengkapan makmal seperti Biological Safety Cabinet (BSC) ketika memproses sampel yang telah diambil,” katanya dalams idang akhbar di Putrajaya hari ini.

Walau bagaimanapun Dr. Noor Hisham berkata, ujian RTK antibodi boleh digunakan bagi tujuan pelaksanaan kajian prevalen jangkitan Covid-19 di dalam masyarakat atau dalam kalangan kumpulan sasar (seperti kumpulan pekerja).

“Ini selari dengan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di mana RTK antibodi boleh digunakan dalam aktiviti survelan dan kajian epidemiologi.

“Untuk makluman, buat masa ini tiada bukti kukuh dari kajian saintifik yang menunjukkan bahawa orang yang telah pulih daripada Covid-19 dan mempunyai antibodi adalah terlindung daripada jangkitan kedua,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here