[VIDEO] Pengunjung pusat beli belah patuh arahan

0
153

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

CYBERJAYA –   Pemakaian topeng muka kini menjadi satu perkara wajib dilakukan oleh orang ramai selain mematuhi arahan kerajaan untuk mengekalkan jarak sosial satu meter antara satu sama lain,  pemakaian sanitasi tangan, dan kerap.mencuci tangan,

Tinjauan MBNews di Malakat Mall hari ini mendapati rata-rata pengunjung pusat beli belah itu memakai topeng muka.

Walaupun ketika ini banyak negara mempunyai pendekatan berlainan mengenai topeng muka sama ada perlu dipakai atau sebaliknya, apa yang penting langkah pencegahan awal sentiasa dititikberatkan.

Memakai topeng muka bukan sahaja dapat mengelak diri daripada terdedah kepada jangkitan tetapi melindungi orang lain daripadanya bagi mengelak jangkitan Covid-19.

Saranan demi saranan telah disampaikan oleh Kementerian Kesihatan supaya orang ramai sentiasa memakai pelindung mulut dan hidung ketika berada di tempat awam. -MBNews

Pengunjung pusat beli belah patuh arahan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here