Penjawat awam di Pahang dapat duit raya RM500

0
107
Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail

CYBERJAYA – Sebanyak 8,000 penjawat awam di Pahang bakal menerima Bantuan Khas Aidilfitri sebanyak RM500 seorang sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, bayaran tersebut akan dibuat pada 19 Mei ini kepada penjawat awam daripada Gred JUSA dan ke bawah.

Beliau berkata, bantuan kewangan itu melibatkan implikasi kewangan kepada kerajaan negeri kira-kira RM4 juta.

“Bantuan khas ini sebagai tanda penghargaan atas khidmat bakti dan kesetiaan penjawat awam kepada kerajaan negeri selama ini.

“Saya juga meminta semua pihak berkuasa tempatan (PBT) serta badan-badan berkanun negeri supaya turut melaksanakan pembayaran yang sama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, terdapat kira-kira 3,500 pegawai dan kakitangan yang berkhidmat di PBT-PBT serta badan-badan berkanun di negeri itu.

“Saya berharap, bantuan khas ini dapat dimanfaatkan sewajarnya, bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sekarang,” ujarnya. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here