Penuntut pasca siswazah boleh mula pengajian

0
112
Penuntut pasca siswazah boleh mula pengajian.

Oleh SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI

CYBERJAYA – Penuntut pasca siswazah yang terbabit kursus penyelidikan di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dibenarkan memulakan pengajian mereka.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kebenaran itu hanya membabitkan seramai 31,508 penuntut di 462 IPT seluruh negara.

“Semalam mesyuarat khas menteri-menteri mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah meluluskan cadangan dibentangkan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berkenaan pengendalian aktiviti akademik di kampus semasa dan pasca PKP.

“Mesyuarat bersetuju untuk membenarkan pelajar pasca siswazah penyelidikan seperti pengajian sarjana dan doktor falsafah untuk memulakan aktiviti akademik mereka dengan kadar segera,” katanya dalam sidang akhbar, hari ini.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Ismail Sabri berkata, kebenaran itu diberikan berikutan kursus pengajian berkenaan memerlukan mereka melakukan penyelidikan secara fizikal di makmal, bengkel dan studio reka bentuk yang menggunakan peralatan khusus.

“Kita kira tidak ramai terpaksa balik ke kampus untuk melakukan penyelidikan bagi kursus mereka itu.

“Kita anggarkan satu IPT terdapat kira-kira 60 orang saja dan ia bukan kumpulan besar,” katanya. – MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here