Peraih ikan pandu kereta lawan arus langgar pekerja Alam Flora direman empat hari

0
404

Oleh SITI AZIELAH WAHI

KUANTAN – Seorang peraih ikan yang memandu melawan arus dipercayai mabuk sehingga menyebabkan kematian seorang kakitangan Alam Flora malam tadi direman selama empat hari bermula hari ini.

Perintah tahanan reman sehingga 29 Mei terhadap lelaki berusia 42 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret, Najwa Hashim bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan, lapor Sinar Harian.

Portal berita itu turut melaporkan, peraih ikan berkenaan yang memakai baju-T putih dan seluar pendek hitam dilihat tiba di Kompleks Mahkamah Kuantan, pada kira-kira jam 11 pagi tadi.

Dalam kejadian di Jalan Pintasan Kuantan,kira- kira jam 9.20 malam tadi, mangsa Irwan Herman Kamarudin, 41, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan dada selepas kereta Toyota Yaris yang dipandunya dirempuh oleh peraih ikan tersebut yang memandu kereta Toyota C-HR secara melawan arus serta dalam keadaan berbahaya.

Peraih ikan turut cedera ringan di kaki dan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk pemeriksaan sebelum direman.

Mayat mangsa dihantar ke HTAA untuk bedah siasat yang akan dijalankan selepas selesai ujian koronovirus (Covid-19).

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 44(1)(b) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here