Perak kembali catat kes Covid-19

0
245

IPOH – Selepas 10 hari diisytiharkan sebagai negeri zon hijau, Perak hari ini mencatatkan dua kes baharu Covid-19.

Pengarah Kesihatan Perak, Datuk Dr. Ding Lay Ming berkata, dua kes positif Covid-19 di negeri itu merupakan adik-beradik warga tempatan.

Menurutnya, kedua-dua mereka dari Sitiawan dan masing-masing berumur 29 dan 30 tahun.

“Kes pertama dikesan melalui saringan sebelum kembali bekerja. Kes kedua dikesan melalui aktiviti pengesanan kontak rapat bagi kes pertama. Kedua-dua kes tiada bergejala.

“Punca jangkitan masih dalam siasatan,” katanya seperti dipetik daripada laporan Sinar Harian.

Dalam sidang akhbar hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak 67 kes baharu wabak Covid-19 direkodkan hari ini termasuk dua kes di Perak dengan 49 kes adalah dalam kalangan bukan warganegara Malaysia.

Sebelum ini, Perak menjadi negeri keempat diisytiharkan zon hijau selepas Perlis, Kelantan dan Kedah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here