Perbincangan projek HSR Kuala Lumpur-Singapura disambung semula

0
124

CYBERJAYA – Projek Kereta Api Laju Berkelajuan Tinggi (HSR) antara  Kuala Lumpur ke Singapura disambung semula apabila Kerajaan Malaysia dan republik itu akan mengadakan mengadakan perbincangan dalam masa terdekat. 

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, perbincangan ini akan merangkumi beberapa cadangan perubahan dalam aspek komersial dan teknikal.

“Keputusan ini dicapai setelah kedua-dua pihak bersetuju untuk melanjutkan tempoh penangguhan keputusan mengenai projek kereta api laju Kuala Lumpur ke Singapura sehingga 31 Disember ini.

“Saya telah diminta oleh Jemaah Menteri untuk mengetuai pasukan Malaysia dalam perbincangan dengan Kerajaan Singapura mengenai projek ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 5 September 2018, kerajaan yang ketika itu dibawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) telah bersetuju dengan Singapura untuk menangguhkan projek berkenaan sehingga 31 Mei lalu.

Mohamed Azmin yang ketika itu menjawat jawatan sebagai Menteri Hal-Ehwal Ekonomi mengesahkan kos penangguhan projek akan melibatkan pembayaran S$15 juta (RM45.1 juta) kepada Singapura. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here