Pergerakan rentas negeri dari Perak, Kelantan, Johor lancar

0
280

Oleh SITI AZIELAH WAHI

CYBERJAYA – Polis telah memberi kebenaran pergerakan rentas negeri sebanyak 76,537 melalui aplikasi Gerak Malaysia dan 2,220 kebenaran melalui borang manual polis semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kebenaran tersebut adalah bagi pergerakan rentas negeri bagi mereka yang terkandas di Perak, Johor dan Kelantan untuk pulang ke kediaman mereka di negeri-negeri lain.

“Kebenaran rentas negeri hanya bagi perjalanan sehala sahaja. PDRM juga telah membuka 121 Sekatan Jalan Raya untuk memantau pergerakan rentas negeri,”katanya.

Selain itu Ismail Sabri berkata menurut laporan polis, pergerakan rentas negeri dan aliran lalulintas semalam berjalan secara lancar dan tiada kesesakan luar biasa dikesan.

” Di kawasan rehat dan rawat (R&R), situasi adalah terkawal dan kadar pematuhan orang ramai kepada arahan polis semasa perjalanan rentas negeri adalah memuaskan,” katanya.-MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here