Perginya permata ummah

0
102

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

CYBERJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata, negara kehilangan seorang demi seorang ilmuan dan pendakwah yang benar-benar memahami denyut nadi ummah.

Melalui perkongsian di Instagramnya, beliau terkenang susuk tubuh pendakwah terkenal, Ustaz Ismail Kamus itu yang sentiasa mengingatkannya kepada nostalgia ceramahnya di era 80an dan 90an yang berjaya menarik pelbagai lapisan masyarakat.

Menurutnya, baik di kaca televisyen mahupun koleksi kasetnya yang terjual entah tidak terkira bilangannya.

“Kehadirannya sentiasa dinantikan umat Islam di Malaysia setiapkali Forum Perdana Ehwal Hal Ehwal Islam (kini Forum Perdana Ehwal Islam) di TV1.

“Celotehnya yang bersahaja, disulami nasihat-nasihat yang amat berguna, sentiasa menjadi ingatan kepada generasi yang sempat berada pada era tersebut.” kongsinya.

Beliau berkata, kali terakhir makan bersama almarhum adalah pada 17 Disember 2019, walaupun kelihatan uzur, namun almarhum tetap bersemangat menggagahkan diri untuk bersama-sama saya pada malam tersebut.

“Kita kehilangan seorang demi seorang ilmuan dan pendakwah yang benar-benar memahami denyut nadi ummah.

“Moga Allah SWT memberi ketabahan kepada keluarga almarhum,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here