Perkhidmatan gunting rambut di rumah pelanggan dilarang

0
270
Gambar hiasan

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

CYBERJAYA – Kerajaan masih melarang mana-mana pihak menjalankan perkhidmatan gunting rambut di rumah pelanggan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkhidmatan gunting rambut masih tidak dibenarkan kerana tersenarai dalam perkara yang dilarang sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menurutnya, prosedur operasi standard (SOP) mengenai gunting rambut masih tidak membenarkan ia beroperasi.

“Mengenai ada orang kenamaan (VIP) memanggil tukang gunting rambut ke rumah, ini berita baharu.

“Saya pun tidak tahu kerana sememang perkhidmatan itu tidak dibenarkan,” katanya dalam sidang akhbar harian hari ini.

Ismail Sabri berkata, setakat ini, perkhidmatan gunting rambut sama ada di kedai atau perkhidmatan di rumah termasuk dalam senarai terlarang maka tidak dibenarkan perkhidmatan itu di rumah, pejabat atau pun pelanggan ke kedai.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here