Perkhidmatan sanitasi nyahkuman serendah RM250

0
1498
Proses sanitasi nyahkuman dijalankan disebuah premis perniagaan di Kuala Lumpur yang menggunakan perkhidmatan Virus Buster.

RAUDHAH CITY – Pandemik Covid-19 menyaksikan kehidupan masyarakat di seluruh dunia berubah sama sekali yang tidak dijangka boleh membawa maut jika amalan kebersihan tidak diutamakan.

Malaysia juga tidak terkecuali dengan penularan wabak itu sehingga kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu bagi mengekang penularan wabak berkenaan melanda negara ini.

Sejak PKP Bersyarat (PKPB) dimulakan pada 4 Mei lalu, kerajaan telah membuka hampir semua sektor ekonomi dalam menjalankan aktiviti masing-masing.

Namun, kerisauan melanda dalam kalangan pekerja yang mula memasuki pejabat kerana bimbang virus yang tidak kelihatan itu boleh dijangkiti sesiapa sahaja.

Masalah itu dapat diatasi apabila syarikat yang menyediakan perkhidmatan pembasmi nyahkuman, Virus Buster yang menawarkan harga serendah RM250.

Melalui kenyataan yang dikeluarkan, pengajaran paling bermakna yang dipelajari masyarakat daripada wabak itu ialah pengamalan kebersihan diri dan kawasan persekitaran.

Tambah kenyataan itu, adakah rakyat terutama golongan pekerja yakin dengan tahap kebersihan premis perniagaan dan pejabat apabila PKPB dilaksanakan baru-baru ini.

“Jangan pening, perkhidmatan Virus Buster mampu menghilangkan kerisauan pemilik syarikat yang inginkan pejabat atau premis perniagaan mereka untuk disanitasi.

“Dapatkan perkhidmatan sanitasi  atau nyahkuman profesional mereka dengan harga yang sangat-sangat berpatutan serendah RM250* untuk satu servis,” kata kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, Virus Buster juga turut menawarkan perkhidmatan percuma proses dinfektasi kenderaan untuk tempoh yang terhad.

“Tunggu apa lagi, jom dapatkan perkhidmatan Virus Buster sekarang dengan menghantar aplikasi WhatsApp terus untuk dapatkan temujanji anda,” kata kenyataan itu.

Mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai perkhidmatan itu boleh mengunjungi akaun Facebook Virus Buster. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here