Pertimbang kelonggaran bersyarat umat Islam mengamalkan ibadah

0
170

CYBERJAYA – Keputusan kerajaan memberi kelonggaran bersyarat dalam sektor ekonomi dialu-alukan, kata Timbalan Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar.

Beliau berkata, ia memberi kelegaan kepada banyak sektor dan pekerjaan di dalam negra kembali beroperasi selepas melalui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung Covid-19 sejak 18 Mac lalu.

Zainul Rijal yang juga Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) memohon kerajaan mempertimbangkan kelonggaran bersyarat bagi umat Islam dan penganut agama lain mengamalkan ibadah.

“Cadangan itu perlu digarap dengan prosedur operasi standard (SOP) dan garis panduan tertentu bagi mengelakkan penularan Covid-19.

“Bagi agama Islam, kita tidak kurang pakar agama yang boleh memberikan pandangan di dalam amalan agama,” katanya dalam hantaran akaun rasmi Facebook miliknya hari ini.

Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi membolehkan sebahagian sektor ekonomi dan sosial dibuka semula.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dalam melaksanakan PKPB, aktiviti dan perhimpunan ramai yang mendedahkan risiko jangkitan Covid-19 masih tidak dibenarkan. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here