Pilihan moratarium masih boleh ditolak

0
151

CYBERJAYA – Orang ramai masih boleh memilih untuk tidak menyertai penangguhan bayaran balik pinjaman dan pembiayaan yang ditawarkan kerajaan melalui kemudahan moratarium.

Tindakan (opt out) itu menurut Bank Negara boleh dilakukan dengan memaklumkan institusi kewangan bahawa pelanggan mahu kekal kepada kaedah bayaran balik seperti biasa.

Penolakan kemudahan itu juga boleh dilakukan pelanggan walaupun tidak membuat sebarang bayaran pinjama/pembiayaan pada bulan Apil yang pada mulanya berhasrat menyertai moratarium tanpa caj penalti lewat bayaran.

“Institusi kewangan tidak akan mengenakan apa-apa caj bayaran lewat kepada peminjam/pelanggan yang mengambil keputusan untuk tidak menyertai moratorium sekarang,” kata bank pusat itu dalam kenyataan soalan lazim dikeluarkan hari ini.

Dalam situasi itu menurut Bank Negara, institusi kewangan akan memaklumkan tempoh masa yang diberikan untuk membayar ansuran yang ditangguhkan sejak 1 April 2020.

Perkara itu juga tidak akan menjejaskan rekod CCRIS dengan syarat pelanggan telah menjelaskan jumlah bayaran dalam tempoh masa pembayaran balik yang dimaklumkan oleh institusi kewangan anda.

“Jika anda perlukan lebih banyak masa untuk menjelaskan pembayaran, hubungi institusi kewangan anda bagi membincangkan tempoh masa pembayaran balik yang baharu,” kata bank pusat itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here