Pintu gerbang sanitasi dipasang di masjid Mekah, Madinah

0
308

MEKAH – Dalam usaha membanteras penyebaran wabak Covid-19, kerajaan Arab Saudi telah memasang gerbang sterilisasi moden di pintu masuk masjid-masjid besar di Mekah dan Madinah.

Memetik laporan Saudi Gazzete, pintu gerbang tersebut yang dirasmikan oleh Presiden Umum Masjid Besar dan Masjid Nabawi, Syeikh Abdurrahman Abdil Aziz Assudais dilengkapi dengan teknologi terkini bagi mencegah penularan wabak berbahaya itu.

Orang ramai yang melalui pintu gerbang itu akan dinyah kuman dengan bahan semburan.

Selain itu, pintu gerbang itu turut dilengkapi dengan kamera termal untuk mengesan suhu badan dari jarak enam meter.

Pada masa sama, alat tersebut juga dilengkapi dengan skrin pintar untuk membaca suhu beberapa orang pada masa yang sama.

Pekerja di masjid di Mekah dan Madinah perlu melalui pintu gerbang ini sebelum memasuki masjid

Bagi menjamin keselamatan pekerja di masjid-masjid berkenaan, semua pekerja turut diminta untuk melalui pintu gerbang terbabit sebelum memasukinya.

Sejak wabak Covid-19 melanda negara tersebut, semua masjid termasuk Masjidilharam ditutup kepada orang ramai bagi mengelakkan jangkitan.

Malah, sepanjang bulan Ramadan kali ini, meskipun solat fardu dan terawih dibenarkan namun ia terhad kepada beberapa orang sahaja.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here