PKD Muallim kesan pelajar IPT positif Covid-19

0
224
Gambar hiasan

Oleh SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI

TANJUNG MALIM – Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Muallim mengesahkan ada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di dalam daerah itu positif Covid-19 selepas menjalani saringan menerusi Ops Hantar Pelajar.

PKD Muallim dalam satu kenyataan di laman Facebooknya berkata susulan daripada itu, pihaknya dengan bantuan pusat kesihatan IPT itu mengambil inisiatif membuat pengesanan kontak rapat yang berkemungkinan dijangkiti Covid-19 di salah satu kampus IPT itu.

“Tujuannya adalah mengesan awal secara pencarian aktif kemungkinan positif Covid-19 dalam kalangan warga IPT kampus itu.

“Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah pengesanan aktif, saringan kesihatan Covid-19, sampel ujian calitan Covid-19, arahan kuarantin, pendidikan kesihatan Covid dan pengurusan kesihatan mental dan lain-lain,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, PKD Muallim meminta semua warga daerah itu agar tidak panik, sentiasa berada di rumah dan keluar sekiranya ada urusan penting sahaja. – MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here