PKP: Malaysia belajar daripada kesilapan Hokkaido

0
183
Musim bunga Sakura yang berlaku di Hokkaido ketika ini menyebabkan ramai pelancong asing yang berkunjung sehingga mewujudkan gelombang kedua Covid-19

CYBERJAYA – Kerajaan masih menutup pintu-pintu masuk negara kepada warganegara asing bagi mengelakkan kes import Covid-19 berlaku dalam negara.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perbandingan Malaysia dengan Hokkaido, Jepun yang mencatatkan gelombang kedua selepas perintah berkurung ditamatkan disebabkan negara itu membenarkan kemasukan warga asing.

“Waktu itu di Jepun ialah musim bunga sakura dan disebabkan itu ramai yang datang ke sana yang akhirnya menyebabkan berlakunya kes import.

“Berbeza dengan Malaysia, kita masih menutup pintu masuk kepada warga asing dan lapangan terbang kita juga tidak menerima kemasukan mereka,” katanya dalam sidang akhbar harian selepas Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini.

Menurut Ismail Sabri, pihak kerajaan juga telah bersedia sekiranya berlaku kes baharu Covid-19 susulan kelonggaran diberikan pada minggu hadapan.

Beliau berkata, sekiranya terdapat kawasan didapati mempunyai kes positif Covid-19, pihaknya akan terus melaksanakan ‘lockdown’ atau Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD).

“Kita sekarang bertindak berdasarkan kawasan bersasar, contohnya katakan satu kawasan itu ada kes positif Covid-19, kita akan terus lockdown kawasan itu macam di PKPD Sungai Lui.

“Ini bermakna kita sudah bersedia, apabila ada kes kita akan buat PKPD di kawasan-kawasan yang terlibat,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here