PKP: Rakyat terkandas di kampung boleh pulang mulai 7 Mei

0
159
Gambar hiasan

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

CYBERJAYA – Pergerakan pulang rakyat yang berada di kampung halaman ke bandar ditetapkan dari 7 hingga 10 Mei ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyediakan jadual pergerakan bagi memastikan kelancaran perjalanan berkenaan.

Menurutnya, sehingga kini, PDRM sudah menerima kira-kira 500,000 permohonan untuk pulang bekerja.

“Bagi pergerakan pekerja-pekerja yang masih berada di kampung halaman, kebenaran bergerak bergantung kepada kelulusan Gerak Malaysia.

“Kerajaan meminta pihak majikan supaya jangan mengambil sebarang tindakan terhadap pekerja yang belum mendapat
kelulusan daripada PDRM,” katanya ada sidang akhbar harian hari ini.

Terdahulu, rakyat yang terkandas di kampung halaman dan berhasrat untuk pulang ke kediaman masing-masing boleh membuat permohonan menerusi aplikasi Gerak Malaysia, bermula 29 April lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata individu terbabit perlu memasukkan butiran peribadi seperti nama, nombor MyKad, alamat, nombor telefon dan alamat emel selepas memuat turun aplikasi terbabit.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here