PKP: Syukur pelajar PHD terkandas dapat perhatian

0
271

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

CYBERJAYA – Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew meluahkan rasa syukur apabila sebuah keluarga yang tinggal dalam sebuah khemah di Negeri Sembilan telah diberi perhatian oleh pihak bertanggungjawab.

Ustaz Ebit berkata, walaupun perasaan sebak melihat keadaan tempat tinggal keluarga pelajar itu di Malan Negeri Sembilaun dia tetap bersyukur apabila masyarakat sekeliling mengambil berat terhadap keluarga berkenaan.

“Selepas sahur terus ke sana. Syukur saya bersama ketua kampung dan ahli kariah membantu saya berjumpa abang ini.

“Mereka semua ambil berat bila sampai di rumah lihat rumah terus rasa nak menangis,” kongsinya.

Ustaz Ebit berkata, lelaki itu bersama isteri dan dua anak kecilnya duduk di sini sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Dua anak di universiti, sebelum ini dia cuma seorang diri sebab kerja di kilang di Malan, bergaji kecil.

“Mereka ada rumah asnaf di Selangor oleh Zakat Selangor namun tersangkut terus di sini sebab PKP. Ini tapak rumah arwah mak ayahnya yang terbakar pada tahun 2015,” katanya.

Menceritakan kisah keluarga yang terkandas akibat PKP, Ustaz Ebit berkata, keluarga itu sedang menunggu keputusan memohon rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Katanya lagi, ketika ditemui mereka sering bersyukur dan jenis tidak meminta-minta.

“Semasa sampai tadi mereka sedang mengaji Al-Quran. Saya datang nak cari rumah sementara tapi dimaklumkan wakil rakyat dan penduduk setempat akan menguruskannya. Jadi saya beri duit belanja pada abang ini.

“Pagi ini wakil rakyat setempat kata pada tuan rumah akan uruskan hantar keluarga ini balik ke Klang dulu. Mereka siapkan van,” katanya.

Dalam status berkenaan, Ustaz Ebit sekali lagi mengucapkan penghargaan kepada semua terlibat yang akan menguruskan keluarga itu.

“Syukur Alhamdulillah wakil rakyat, pegawai daerah, Zakat Selangor dan Baitulmal Negeri Sembilan membantu menghantar bantuan kepada keluarga itu. Syukur Alhamdulillah. Syukur. Semoga Allah mudahkan semuanya.

“Saya doakan rumah kecil abang ini dapat dibina selepas PKP,” luahnya.

Semalam kedaifan keluarga pelajar bernama Maznah Ismail itu mula tersingkap apabila dia dihantar pulang sebaik kerajaan membenarkan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) pulang ke kediaman masing-masing.

Difahamkan Maznah telah dihantar pulang ke kediamannya di Kampung Malan, Dangi, Johol, Negeri Sembilan oleh kenderaan dari Ibu pejabat Polis (IPD) Kuala Pilah.

Maznah sebelum itu terkandas di kampus sejak penularan wabak pendamik Covid-19 dibenarkan balik ke kampung bersama pelajar lain selepas larangan PKP dilonggarkan oleh kerajaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here