PKP tidak ditamatkan, cuma ada kelonggaran

0
68

Oleh NINA FARZUIN MD SHAROM

CYBERJAYA – “Persepsi yang mengatakan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah ditamatkan adalah salah,” tegas Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berhubung respons pelbagai pihak mengenai perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Jelasnya, hanya sedikit kelonggaran diberikan berdasarkan enam kriteria yang ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam menamatkan PKP.

“Terdapat dua kaedah yang digunakan iaitu PKP dan kedua adalah pematuhan sosial seperti dilaksanakan di Korea dan Sweeden di mana mereka tidak laksanakan PKP tapi hanya pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP).

“Di negara ini, kita menggunakan kedua-dua kaedah tersebut dan kita tidak menamatkan PKP lagi, namun menggunakan enam kriteria yang dikeluarkan WHO untuk memberi sedikit kelonggaran iaitu PKPB,” katanya pada sidang akhbar perkembangan terkini Covid-19 di Putrajaya hari ini.

Jelasnya, pematuhan terhadap SOP adalah merupakan tanggungjawab sosial bersama dalam menurunkan kes jangkitan Covid-19 di negara ini.

“Selagi kita tidak ada vaksin dan ubat yang berkesan untuk merawat Covid-19, maka virus ini akan berada di dalam komuniti kita untuk jangka masa panjang sekurang-kurangnya dalam tempoh setahun atau dua tahun.

“Kalau ada negeri atau syarikat atau perniagaan tidak dapat mamatuhi syarat-syarat yang telah dikemukakan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) maka mereka kembali kepada PKP iaitu menggunakan Akta 342

“Kita hanya beri kelonggaran kepada mereka boleh patuh kepada SOP ditetapkan dan kita nasihatkan mereka yang tidak boleh patuh, kekal duduk di rumah kecuali ada urusan penting sahaja,” katanya. -MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here