PKP: Ubah suai rumah dibenarkan

0
483

CYBERJAYA – Kerajaan membenarkan kerja-kerja pengubahsuaian rumah dilakukan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa keempat dikuatkuasakan tetapi mesti mematuhi syarat-syarat ditetapkan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, antara syarat tersebut ialah tuan rumah perlu memohon kepada polis bagi mendapatkan kebenaran.

“Dari segi pengubahsuaian rumah sudah pun dipersetujui untuk dibenarkan, syaratnya tuan rumah kena mohon pada polis,” katanya dalam sidang akhbar harian selepas Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, sekiranya terdapat sebarang garis panduan baharu, Kementerian Kerja Raya akan memaklumkan kepada orang ramai.

Sementara itu, ditanya sama ada penerbangan domestik dibenarkan beroperasi, katanya, syarikat penerbangan boleh beroperasi dengan mematuhi garis panduan disediakan.

“Penerbangan boleh beroperasi dengan garis panduan separuh jumlah penumpang, kalau ada 100 tempat duduk kita hanya benarkan 50 tempat duduk sahaja dijual,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here