PKPB : Bebas bergerak kecuali pergerakan antara negeri belum dibenarkan

0
189

CYBERJAYA – Had masa pergerakan orang awam sehingga pukul 10 malam sudah dibebaskan serentak dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pergerakan kenderaan orang awam dalam jarak 10 kilometer seperti diperuntukkan dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini sudah terbatal.

“Dari segi pergerakan sudah dibebaskan antara daerah ke daerah kerana tiada had jangka masa untuk keluar.

“Tapi pergerakan antara negeri masih belum dibenarkan,” katanya pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Ismail berkata, larangan pergerakan antara negeri masih tidak dibenarkan termasuk menggunakan pengangkutan awam dan kelonggaran mengenai akan diputuskan kemudian. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here