PKPB: Belum ada exit strategy, hanya diberikan kelonggaran

0
84
Dr. Noor Hisham

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) menegaskan buat masa sekarang pihaknya masih belum memikirkan strategi keluar (exit strategy) kecuali memberikan kelonggaran menerusi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, berkata, malah, pengawalan di sempadan negara juga semakin diketatkan bagi mengelakkan berlakunya jangkitan import Covid-19.

“Buat masa ini kita belum ke arah pelan berkenaan, kita hanya longgarkan sahaja, pada masa sama kita masih mengawal sempadan negara, memantau perkembangan kes dan melaporkan kepada rakyat mengenai jumlah kumulatif dan aktif kes Covid-19,” katanya dalam sidang akhbar Covid-19 hari ini.

Pada masa sama, katanya, pihaknya juga berkongsi mengenai kapasiti di hospital kerajaan, langkah bagi melindungi warga emas dan menggesa orang ramai supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) serta disiplin sosial.

Beliau berkata, perkara tersebut merupakan sebahagian daripada kriteria Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam usaha menangani penularan pandemik Covid-19.

Sehubungan itu, katanya, sekiranya kesemua perkara tersebut dapat dipatuhi KKM akan mempertimbangkan untuk membuka sektor lain.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here