PKPB : Dapat juga suami bertemu isteri

0
173

Oleh NINA FARZUIN MD SHAROM

CYBERJAYA – Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan bersetuju memberikan kelonggaran kepada pasangan suami isteri yang duduk berjauhan untuk melakukan perjalanan rentas negeri untuk berjumpa dengan keluarga.

“Mesyuarat telah bersetuju untuk memberikan kebenaran pergerakan rentas negeri untuk bertemu keluarga masing-masing seminggu sekali sahaja.

“Bagaimanapun, mereka yang berhasrat untuk berbuat demikian perlu melaporkan diri di balai polis yang berhampiran,” katanya pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan kelonggaran turut diberikan kepada perkhidmatan berkaitan kebajikan haiwan, termasuk pusat equestrian untuk beroperasi.

“Kebenaran ini adalah untuk memastikan kebajikan haiwan dijaga termasuk pemberian makanan dan pembersihan kandang,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here