PKPB: Sebelum ini dua orang, esok 4 orang dibenarkan

0
489

CYBERJAYA – Bermula esok, kerajaan membenarkan sebuah kenderaan dinaiki empat orang daripada ahli keluarga yang sama.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini kerana bagi kenderaan persendirian tiada masalah mengenai penjarakan sosial.

“Disebabkan itu kerajaan memutuskan untuk membenarkan kenderaan persendirian dinaiki maksimum empat orang dan mestilah daripada keluarga dan rumah yang sama,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Awal minggu ini kerajaan membenarkan dua orang daripada keluarga yang sama keluar membeli keperluan barangan harian berbanding Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa satu dan dua yang hanya membenarkan hanya seorang keluar.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, sekiranya terdapat yang ingkar tindakan akan diambil.

Sehubungan itu, beliau menggesa semua pihak supaya mematuhi garis panduan yang dikeluarkan dan tidak cuba mengingkari arahan.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here