PKPB: Garis panduan solat Jumaat dibincangkan

0
109
Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

CYBERJAYA – Hasrat untuk menunaikan solat Jumaat secara berjemaah di masjid dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sepanjang bulan Ramadan ini mungkin dapat dilaksanakan selepas satu garis panduan berkenaan solat tersebut telah dibincangkan.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, garis panduan itu disediakan bagi penelitian mufti-mufti di seluruh Malaysia selaku pihak berkuasa agama negeri dan Ahli-Ahli Dilantik Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI).

Beliau berkata, langkah itu sebagai satu panduan bersama sebelum dipertimbangkan dan diputuskan oleh pihak berkuasa agama negeri.

“Sebagaimana amalan kebiasaan, resolusi muzakarah ini akan di bawa kepada majlis raja-raja sebagai satu pandangan dan nasihat untuk dipertimbangkan dan diputuskan oleh pihak berkuasa agama negeri.

“Perlembagaan Persekutuan menetapkan urusan berkaitan hal ehwal Islam berada di bawah ruang lingkup kuasa dan bidang kuasa negeri di bawah naungan Raja-Raja bagi negeri-negeri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, berlangsung Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah MKI kali kelima bagi membincangkan garis panduan eolat Jumaat dalam tempoh PKPB.

Dalam pada itu, beliau berkata, berikutan itu pihaknya menyerahkan kepada raja-raja Melayu dan Yang Dipertuan Agong dalam mempertimbangkan dan memutuskan sebarang urusan berkaitan hal ehwal Islam.

“Buat masa ini, saya menyeru seluruh umat Islam untuk mematuhi segala peraturan berkaitan penangguhan aktiviti keagamaan di masjid dan surau yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama negeri dan sentiasa memanjatkan doa agar wabak ini beransur hilang.

“Yakinlah bahawa akan tiba saatnya masjid dan surau kembali meriah dengan pelbagai aktiviti keagamaan dan diimarahkan dengan sebaiknya,” ujarnya. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here