PKPB: Jalankan temu duga kerja secara maya

0
210
Kerajaan menyarankan syarikat yang mahu menjalankan urusan temu duga pengambilan pekerja dilakukan secara atas talian dalam tempoh PKPB. Foto internet.

Oleh SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI

CYBERJAYA – Kerajaan memberi cadangan kepada syarikat yang mahu menjalankan urusan temu duga pengambilan pekerja untuk melakukannya secara dalam talian sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia bagi menangani masalah bakal pekerja terpaksa melakukan perjalanan merentas negeri semata-mata untuk menghadiri sesi temu duga bekerja.

“Syarikat yang nak buat temu duga, saya cadangkan sekarang kita sudah moden, gunakan secara maya kerana kita tidak benarkan perjalanan rentas negeri ketika ini,” katanya dalam sidang akhbar, hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri menegaskan, larangan perjalanan merentas negeri turut terpakai kepada sektor pekerjaan yang tidak termasuk dalam senarai perkhidmatan penting seperti syarikat pengauditan.

“Untuk syarikat audit buat pemeriksaan hingga merentas negeri tetap tidak dibenarkan kerana ia tidak tersenarai dalam perkhidmatan penting,” katanya.- MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here