PKPB: Kerajaan negeri berhak ikut kesesuaian sendiri

0
111
Bermula esok sektor ekonomi akan dibuka menerusi PKPB

CYBERJAYA – Tindakan beberapa buah negeri yang mahu mengkaji terlebih dahulu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sebelum melaksanakannya bukan merupakan satu kesalahan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan Persekutuan telah menyediakan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dan kerajaan negeri boleh menyesuaikannya dengan kawasan masing-masing.

“Minggu lepas satu Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersama Perdana Menteri dan menteri besar dan ketua menteri telah diadakan dan kita bersetuju bahawa negeri-negeri boleh sesuaikan SOP yang telah dikeluarkan.

“Seperti waktu operasi restoran sehingga pukul 10 malam, tapi kalau mereka hendak buka sampai pukul 8 malam ia kita benarkan,” katanya dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat MKN hari ini.

Sebelum ini, Kedah, Sabah dan Pahang antara negeri yang mengambil tindakan untuk tidak melaksanakan lagi PKPB kerana bimbang kes Covid-19 akan meningkat secara mendadak di negeri berkenaan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, jika terdapat restoran yang masih ragu-ragu untuk tidak membenarkan makan dalam premis berkenaan dan hanya menyediakan perkhidmatan pembungkusan ia juga dibolehkan.

Sementara itu, Ismail Sabri menegaskan, selepas PKPB dilaksanakan jika terdapat kawasan yang mencatatkan jangkitan kes Covid-19 pihaknya akan terus melaksanakan ‘lockdown’.

“Kalau ada kes positif Covid-19 kita akan tutup dan lockdown di lokaliti berkaitan dan bukannya di seluruh Malaysia sebab ada tempat lain yang kekal hijau,” ujarnya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here