PKPB: Sabah ikuti langkah Sarawak, Kedah

0
107

Oleh NINA FARZUIN MD SHAROM

CYBERJAYA – Selepas Sarawak dan Kedah, Sabah memutuskan untuk tidak melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 1 Mei lalu.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, kerajaan negeri itu membuat keputusan untuk mengekalkam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ke empat sehingga 12 Mei ini.

“Pendirian ini diambil bagi meneruskan usaha untuk membendung penularan Covid-19 dan memastikan rakyat tidak terdedah dengan jangkitan wabak tersebut.

“Saya menyeru rakyat untuk terus mematuhi PKP fasa empat yang sedang berkuatkuasa,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here