PKPD: 3 premis diarah tutup

0
289
Sebuah tapak binaan di Jalan Ampang diarahkan tutup

CYBERJAYA – Sebanyak tiga premis telah diminta menutup operasinya sepanjang tempoh Perintah Pergerakan Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) selepas terdapat pekerjanya positif Covid-19.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, terbaharu premis yang diarahkan menutup operasi ialah sebuah kilang ayam di Pedas, Negeri Sembilan selepas terdapat pekerjanya didapati positif Covid-19.

“Kes lain ialah melibatkan sebuah pasar raya dan sebuah tapak binaan di Jalan Ampang selepas terdapat pekerjanya positif Covid-19,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini.

Ismail Sabri berkata, arahan untuk menutup premis berkenaan dibuat selepas mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan (KKM).

“Seperti yang saya sebut sebelum ini, jika berlaku kes positif Covid-19 dalam kalangan pekerja dan KKM rasa perlu menutup premis itu maka kerajaan akan arahkan supaya premis perniagaan mereka ditutup.

“Selepas itu kita akan lakukan saringan pada pekerja mereka dan buat sanitasi di premis perniagaan terbabit,” katanya,”.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here