PKPD di Selayang Baru, Gombak, dilanjutkan

0
247

Oleh SITI AZIELAH WAHI

CYBERJAYA – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) keenam di kawasan Selayang Baru dan Gombak yang sepatutnya tamat hari ini akan dilanjutkan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perlanjutan tempoh PKPD di kawasan berkenaan bagi membolehkan Kementerian Kesihatan (KKM) melakukan proses saringan.

“Ini bagi memastikan saringan kesihatan dapat dilakukan sepenuhnya.
Setelah proses saringan selesai, kerajaan akan menamatkan PKPD di kawasan yang terbabit,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-Menteri Mengenai PKP hari ini.

Bagaimanapun, katanya PKPD di kawasan Pasar Borong Kuala Lumpur dan Pusat Bandar Utara, Kuala Lumpur tamat hari ini selepas KKM selesai melakukan saringan Covid-19 ke atas semua yang terlibat.

Kerajaan sebelum ini memutuskan enam parcel di Selayang Baru, Gombak, Selangor, diisytiharkan sebagai PKPD bermula 25 April hingga 3 Mei dan dilanjutkan lagi sehingga hari ini.-MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here