PKPD: Kawasan sekitar Pasar Jalan Othman kena ‘lockdown’

0
221
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Oleh SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI

CYBERJAYA – Kawasan sekitar Pasar Jalan Othman di Petaling Jaya diletakkan bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula hari ini hingga 23 Mei depan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dalam satu kenyataan pagi ini, berkata, ia susulan nasihat Menteri Kesihatan, selepas Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan terdapat 26 kes positif Covid-19 yang berpotensi memberi risiko penularan jangkitan di kawasan itu.

Beliau berkata, perintah PKPD itu membabitkan kira-kira 2,900 penghuni kediaman dan premis perniagaan tiga zon di kawasan berkenaan.

“Kerajaan atas nasihat Menteri Kesihatan memutuskan untuk melaksanakan arahan kelapan PKPD di kawasan berkenaan mengikut zon ditetapkan.

“Tujuan PKPD dilaksanakan adalah untuk membendung jangkitan Covid-19 daripada menular keluar.

“Langkah ini akan membolehkan aktiviti pengesanan kes dari rumah ke rumah dilaksanakan sepanjang tempoh ini berkuatkuasa,” katanya.

Beliau berkata, zon A membabitkan kawasan di Jalan Penchala,Petaling Jaya; Jalan 4/33, Petaling Jaya; Jalan 4/37, Petaling Jaya; Jalan 4/39, Petaling Jaya; Jalan 4/41, Petaling Jaya; Jalan 4/44, Petaling Jaya; Jalan Terus 4/42, Petaling Jaya; Jalan 4/43, Petaling Jaya; Jalan 4/46, Petaling Jaya dan Jalan Othman 4/4D, Petaling Jaya.

Tambah beliau, zon B pula membabitkan Jalan 2/29, Petaling Jaya; Jalan 2/29A, Petaling Jaya; Jalan 2/27, Petaling Jaya; Jalan 2/32, Petaling Jaya;Jalan 2/25, Petaling Jaya; Jalan 2/26, Petaling Jaya;Jalan 2/34, Petaling Jaya; Jalan 2/34A, Petaling Jaya; Jalan 2/23, Petaling Jaya; Jalan Dispensary 2/38, Petaling Jaya dan Jalan Pasar 1/21, Petaling Jaya.

Menurut beliau, zon C membabitkan Jalan Selangor, Petaling Jaya; Lorong 3/57D, Petaling Jaya; Lorong 3/57C, Petaling Jaya; Jalan RIDA 3/56, Petaling Jaya dan Jalan Sentosa 3/57, Petaling Jaya.

Ismail Sabri berkata, dengan pelaksanaan perintah itu, semua penghuni tidak dibenarkan keluar dari kawasan PKPD sepanjang tempoh perintah dikuatkuasakan.

Beliau berkata, bukan penghuni dan pelawat pula tidak dibenarkan masuk ke kawasan itu sepanjang tempoh perintah dikuatkuasakan manakala semua aktiviti perniagaan dihentikan di kawasan berkenaan.

Katanya, Pangkalan Perubatan (Medical Base) juga dibuka di kawasan PKPD dan semua laluan keluar masuk kawasan PKPD ditutup.

“Bagi memastikan pematuhan perintah ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) akan mengawal seluruh kawasan.

“Semua penghuni diminta untuk bertenang dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada petugas dari KKM serta mematuhi semua arahan pihak berkuasa.

“Penghuni yang memerlukan bantuan atau mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi Bilik Gerakan PKP Petaling Jaya di talian 016-980 9389, atau Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-7966 2222,” katanya.-MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here