PKPD: KKM, KPWKM bincang garis panduan buka taska

0
119
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengadakan perbincangan bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bagi mengeluarkan garis panduan supaya taska dan pusat asuhan dapat beroperasi semula.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu penting memandangkan ramai ibu bapa yang sudah memulakan kerja masing-masing dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Saya faham beberapa taska perlu dibuka bila kedua-dua ibu bapa bekerja, mereka tiada tempat untuk menghantar anak untuk dijaga.

“Untuk jaga keselamatan anak-anak di taska, pihak KKM akan berbincang dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mengeluarkan garis panduan supaya keselamatan anak-anak terjamin,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Kselamatan Negara (MKN) hari ini.

Kelmarin, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham berkata, semua taska masih belum dibenarkan beroperasi berikutan terdapat kebimbangan kanak-kanak yang dihantar mudah terdedah dengan jangkitan.

Namun begitu, Dr. Noor Hisham berkata, pihaknya sedang memikirkan kaedah bersesuaian termasuk menggunakan kaedah inovasi bagi menyelesaikan masalah berkenaan.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here